Skip to main content

Hoki

Amin sedar TNB belum selamat

23217amin.jpg
Walaupun Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) hanya memerlukan seri dalam aksi separuh akhir kedua untuk mara ke final Piala TNB, jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohd Amin Rahim, sedar apa yang perlu dilakukan bagi menghalang juara Liga Hoki Malaysia itu.

Corak permainan bertahan TNB hampir memerangkap KLHC dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi.

Amin gembira apabila pemain bertahan dengan baik sepanjang 60 minit perlawanan sebelum penyerang KLHC, Mohd Syamim Yusuf, meledak gol tunggal pada hujung permainan.

Ia menunjukkan bahawa TNB berpeluang menghalang kemaraan KLHC jika menggunakan taktikal yang betul dalam aksi timbal balik, esok.

"Dalam hoki moden, satu gol sebenarnya tidak selamat. Saya percaya dengan perkara itu," katanya. 

"Saya juga percaya bahawa pemain-pemain telah menunjukkan permainan yang baik. Saya harap mereka kekal fokus dan memberikan persembahan sama esok."

Rakan sejawatannya di KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri, turut merancang untuk melakukan rombakan strategi.

Trio penyerangnya, Syamim Yusof, Muhammad Rashid Baharom dan Anton Ebeling, dikawal ketat dalam kawasan D, sekali gus menunjukkan bahawa tugas esok pasti sukar.

"Tahun lepas, mereka menjaringkan gol untuk meraih seri dan menafikan peluang kami memenangi kejohanan. Kali ini, kami berpeluang untuk mendapatkan kemenangan."  

Advertisement

Must Watch Video