Jurulatih pecut Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Mohd Kassim, enggan melihat Khairul Hafiz Jantan mencapai kemuncak prestasi sebelum bersaing dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos depan.
Bagi Poad, dia hanya mahu Khairul dan juga seorang lagi atlet pecut, Badrul Hisyam Abdul Manap, mengekalkan catatan sekitar 10.2s sebagai persediaan untuk bersaing dalam temasya itu.
Catatan terbaik Khairul yang juga merupakan rekod kebangsaan ialah 10.18s dan Badrul pula ialah 10.29s.
"Sebenarnya, saya hanya mahu mereka kekalkan catatan sekitar 10.2s tetapi seperti Khairul, dia mahu melakukan bawah 10.1s," katanya. "Apa yang kami nasihatkan, prestasi terbaik mestilah dalam Sukan SEA. Kami tidak mahu dia terlalu teruja untuk pecahkan rekodnya."
Atlet pecut olahraga negara akan berlepas ke Pretoria, Afrika Selatan pada Jumaat ini, untuk menyertai sesi latihan dan beberapa kejohanan di sana.
Sehubungan itu, Khairul mahu menggunakan sebaik-baiknya tempoh itu demi memastikan dia berada di tahap terbaik untuk menghadapi Sukan SEA.
"Di Afrika Selatan, saya akan mencari pengalaman untuk membantu mengatasi pesaing yang lebih besar dalam Sukan SEA nanti," katanya.
Dalam pada itu, Badrul berkata: "Saya mahu membuat persediaan mental untuk memberi aksi terbaik dalam Sukan SEA dan saya akan turuti apa yang jurulatih mahukan."
Senarai atlet negara berlatih di Afrika Selatan:-
Atlet lelaki
Khairul Hafiz Jantan
Badrul Hisyam Abd Manap
Jonathan Nyepa
Muhammad Haiqal Hanafi
Azam Masri
G. Aravin Thevar
Rayzamshah Wan Sofian
Atlet wanita
Zaidatul Husniah Zulkifli
S. Komalam Shally
Siti Fatimah Mohamad
Nurul Faizah Asma Mazlan
Shereen Samson Vallabouy