Bintang divisyen Cruiserweight kelahiran Nishinomiya, Jepun, Akira Tozawa berjaya membenam penyandang juara Neville seterusnya dinobatkan sebagai juara baharu di acara Raw semalam.
Setelah berkali-kali berusaha untuk merampas kejuaraan tersebut sejak beberapa bulan lalu, usaha tanpa lelah bintang berusia 32 tahun ini membuahkan hasil yang diidamkan. Akhirnya kejuaraan berpindah milik kepadanya dan ini merupakan kejuaraan pertamanya sejak menyertai WWE di Kejohanan Cruiserweight Classic tahun lalu.
Pertemuan demi pertemuan antara Tozawa dan Neville sebelum ini menyaksikan bintang Jepun ini sering kali kempunan untuk memperoleh kemenangan gara-gara dihimpit oleh kecederaan bahu natijah daripada serangan Neville. Namun malam tadi, segalanya berubah apabila pada satu ketika, Neville melakukan kesilapan apabila hempasan Red Arrow nya tersasar dan peluang ini diambil sebaiknya oleh Tozawa dengan melaksanakan gerakan terjunan Senton dari puncak gelanggang.
Kemenangan ini juga mungkin hasil daripada nasihat serta bimbingan daripada Titus O Neil yang kini menjadi penasihat Tozawa. Walaupun beberapa keputusan yang diambil Titus untuk Tozawa dilihat tidak selari dengan jiwa anak muda ini, ternyata ia adalah untuk kebaikan dan hasilnya dapat dilihat dalam perlawanan semalam.
Mengulas tentang kekalahannya ini, Neville kelihatan tidak dapat menerima hakikat yang kejuaraan tidak lagi berpihak kepadanya dengan memuatnaik status ringkas di Twitter:
Terbaru, WWE melaporkan yang Neville akan menuntut klausa perlawanan semula dan mencabar Tozawa di acara Summerslam pada pagi Isnin depan.

Dalam pada itu, impian untuk menyaksikan kebersatuan kembali antara Dean Ambrose dan Seth Rollins menjadi realiti apabila akhirnya kedua mereka mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk melupakan sengketa lama antara mereka.
Walaupun sejak beberapa minggu lalu, keduanya dilihat masih bermain tarik tali dan prasangka masih bersarang terutamanya di pihak Ambrose. Luka dikhianati Rollins tiga tahun lalu masih berdarah buatnya dan bukan mudah untuk The Lunatic Fringe melupakan begitu sahaja insiden tersebut yang menyebabkan trio The Shield terbubar.
Rollins turut sedar yang beban kesalahan masih lagi terpikul di bahunya. Beliau terus berusaha meyakinkan Ambrose yang dirinya kini sudah insaf dan mengakui kekhilafan yang dilakukannya dulu. Hingga satu tahap, Rollins menawarkan Ambrose untuk memukulnya dengan kerusi besi, mengulangi apa yang telah dilakukannya dulu bagi meraih kepercayaan bekas sekutunya itu.
Mujur Sheamus dan Cesaro muncul menjadi ‘penyelamat’ apabila menyerang Ambrose dan Rollins semasa keduanya sedang bergelut sesama sendiri. Menyedari yang kini mereka mempunyai musuh dan hala tuju yang sama, Ambrose dan Rollins umpama Goku dan Bezita bergabung tenaga membanteras pasangan Juara Regu Raw tersebut.
Pengurus Am Raw, Kurt Angle menambah rencah kegembiraan apabila turut mengumumkan yang Rollins dan Ambrose diberi peluang untuk menzahirkan kesepakatan mereka dengan diberikan hak sebagai pencabar utama Kejuaraan Regu Raw milik Sheamus dan Cesaro. Kedua pasukan ini akan bertemu di acara SummerSlam.
Penyatuan semula Ambrose dan Rollins dilihat kena pada masanya kerana keduanya kini dilihat terasing seketika daripada perebutan kejuaraan utama. Justeru, meletakkan mereka sebagai pencabar utama serta menempatkan diri dalam divisyen regu adalah tepat dalam usaha mereka kekal relevan.

Tidak mustahil, seorang lagi bekas anggota Shield yang kini dalam usaha merangkul Kejuaraan Universal WWE, Roman Reigns akan turut menyertai duo tersebut setelah misinya selesai. Roman telah dijadualkan untuk beraksi di acara utama SummerSlam minggu hadapan dalam perlawanan empat penjuru dengan menentang penyandang juara Brock Lesnar, Braun Strowman dan Samoa Joe.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan acara SummerSlam Isnin ini serta semua acara pay per view setiap bulan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

NO— KING (@WWENeville) August 15, 2017