Pendatang baru dalam skuad futsal kebangsaan, Muhammad Aidil Shahril Rosli, bertekad memastikan skuad negara memberi cabaran sengit dalam Kejohanan Futsal AFC di Taiwan, bulan depan.
Pemain berusia 21 tahun itu adalah antara lima muka baru yang dipanggil pengendali kebangsaan, Chiew Chun Yong, untuk mengikuti latihan fasa akhir.
Bekas ketua pasukan skuad futsal B-20 negara itu turut mengakui selesa bermain di bawah kendalian Chun Yong.
"Chun Yong membawa perubahan dalam skuad futsal negara.
"Dia memperkenalkan kaedah untuk kami berjuang dalam permainan, umpamanya dalam situasi ketinggalan, bagaimana kami perlu menghadapinya agar tidak berputus asa.
"Saya sememangnya mahu mendapat tunjuk ajar daripadanya. Kami kini boleh memberi saingan di tahap AFC (Asia) dan tidak lagi mudah dibuli.
"Kalau dulu, kami mudah dibelasah sehingga 11 gol, namun kini jurangnya semakin kecil," kata Aidil.
Dalam masa sama, pemain termuda skuad negara, Iskandar Harun, mahu belajar daripada tonggak senior seperti Khairul Effendy Bahrin dalam skuad negara.
Pemain berusia 18 tahun itu mengakui selaku pendatang baru, dia perlu meraih pengalaman daripada pemain seperti Khairul Effendy dalam usahanya meningkatkan permainan.
"Mereka banyak memberi sokongan kepada saya. Pemain veteran ini walaupun sudah berumur tetapi masih lagi cergas," ujar pemain kelab Kuantan Rangers itu.