Atlet kelahiran Johor, Nur Afrina Abu Bakar, melengkapkan senarai 18 atlet lawan pedang ke Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos ini, selepas menyerlah dalam Kejohanan Kebangsaan yang berakhir hari ini.
Afrina, 16, yang merupakan adik kepada jaguh lawan pedang negara, Natasha Ezzra, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara sabre wanita sebelum tewas 15-4 kepada Jing Hui Rao.
Tetapi Afrina tetap dianggap atlet lawan pedang terbaik acara itu kerana Hui Rao yang juga anak kepada jurulatih negara, Rao Bin, bukan warganegara Malaysia.
"Saya berharap dapat beraksi dalam Sukan SEA tahun ini. Saya akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam kejohanan itu nanti," katanya.
Sementara itu, Natasha Ezzra berjaya mempertahankan kejuaraan dalam acara foil wanita selepas mengatasi peserta Pulau Pinang, Ivy Cheah Hsiao Yong, 15-4.
"Ini adalah kejohanan pertama saya bagi tahun 2017 tetapi pihak lawan kurang memberi cabaran kepada saya," jelas Natasha.