Skip to main content

Sukan Lain

Adi akan umum persaraan bila-bila masa

adi16118.jpg
Pemegang rekod lontar peluru negara, Adi Alifuddin Hussin, hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkan persaraan selepas tidak terpilih dalam sebarang program sukan kebangsaan hingga tahun depan.

Atlet kelahiran Terengganu itu akan berbincang dengan jurulatihnya, Abdul Malik Ahmad Tobias, bagi menentukan hala tujunya selepas digugurkan.

Namanya tidak tersenarai dalam program Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini atau Sukan SEA Manila tahun depan.

Pemenang tiga pingat perak Sukan SEA itu sudah mendapatkan pekerjaan di Terengganu, sekali gus membayangkan dia semakin hampir untuk bersara.

"Kepada jurulatih yang terlibat secara langsung atau tidak langsung selama saya menjadi atlet, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membimbing dan mendidik saya menjadi atlet yang ada
nama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Adi juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lontaran 17.53m dalam Sukan SEA Jakarta dan Palembang pada 2011.

Namun, prestasinya merosot tahun lalu, terutama apabila hanya meraih tangga keempat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Situasi itu akan membolehkan atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, menggantikan status Adi selaku jaguh utama. 

"Saya sudah bercakap dengan Ziyad. Tahun ini, dia akan memecahkan rekod kebangsaan. Pada bulan depan, kami akan berlatih di Jerman," kata jurulatih lontar peluru para negara, Mohd Faizol Harun.

Advertisement

Must Watch Video