SUKAN LAIN
Aaliyah sasar ranking nombor satu
Atlet luncur air negara, Aaliyah Yoong, menyasarkan ranking nombor satu dunia dalam acara tricks dan tiga terbaik secara keseluruhan pada 2019 selepas dia mencatatkan
peningkatan mendadak dalam siri ranking dunia B-17 tahun kelmarin.
Sebelum ini, Aaliyah berada di tangga keempat dalam acara tricks dan ke-20 secara keseluruhan.
Namun, berdasarkan ranking terkini, Aaliyah melonjak ke tangga kedua bagi tricks dan menunjukkan peningkatan mendadak ke nombor lima dunia.
Iklan
Berita itu ternyata memberi suntikan baru untuk Aaliyah yang mahu menjadikan 2018 sebagai tahun paling bermakna dalam kariernya.
"Saya akan berusaha dengan lebih baik bagi saingan tahun 2018. Selepas memperbaiki kedudukan dunia ke tangga kelima, ia adalah satu pencapaian yang membanggakan," katanya.
Aaliyah meletakkan sasaran untuk berada pada kedudukan podium dalam saingan Piala Florida Inboards dan Kejohanan Masters Amerika Syarikat, Mei depan selain Kejohanan Dunia B-17 Tahun yang akan berlangsung pada Ogos.
"Saya memiliki dua peluang untuk menamatkan saingan dalam kedudukan podium, saya akan cuba mempamerkan persembahan terbaik."
Must-Watch Video