Skip to main content

Sukan Lain

252 atlet sertai Kejohanan Woodball Antarabangsa

1817woodball.jpg
Seramai 252 atlet dari sembilan negara mula berkampung di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, yang menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia sejak kelmarin.

Menawarkan wang kemenangan keseluruhan berjumlah RM26,000, termasuk hadiah utama ‘gate in one’ bernilai RM1,000, sembilan acara turut dipertandingkan dalam edisi ke-20 ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat, selain Malaysia, negara lain yang menghantar wakil ialah Indonesia, Singapura, Jepun dan Hong Kong.

“Taiwan, Nepal, Pakistan dan Uganda juga menghantar atlet mereka untuk mengambil bahagian dalam acara perseorangan, berpasukan, veteran dan remaja.

“Pencapaian dalam kejohanan ini bakal menentukan mata serta ranking pemain untuk layak ke Piala Dunia Woodball,” ujarnya.

Terengganu merupakan negeri keempat di Malaysia yang dipilih menjadi tuan rumah selepas Wilayah Persekutuan, Perlis dan Pahang.

Advertisement

Must Watch Video