Skip to main content

Sukan SEA

11 negara meriahkan upacara simbolik Sukan SEA

perhimpunan-atlet-160817.jpg
Kehadiran 11 negara peserta temasya Kuala Lumpur 2017 memeriahkan upacara menaikkan bendera negara bertanding yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Simbolik kepada kehadiran keseluruhan kontinjen bagi penganjuran Sukan SEA Ke-29, upacara wajib menaikkan bendera selain lagu kebangsaan negara negara-negara ASEAN yang didendangkan berjalan lancar di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar serta Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo, adalah antara wakil tuan rumah, Malaysia, yang menerima kehadiran rasmi 11 negara bertanding.

"Operasi temasya ini berjalan dengan lancar agar atlet hanya perlu memberi tumpuan kepada persembahan mereka dan memberikan aksi terbaik di negara ini," kata Saravanan.

Malaysia yang diketuai Chef-de-Mission, Datuk Marina Chin, sebagai pasukan tuan rumah menjadi kontinjen terakhir menaikkan bendera selepas memberi laluan kepada negara jemputan yang lain terlebih dahulu.

Advertisement

Must Watch Video