Dua pertandingan sepanjang bulan ini menjadi medan awal buat pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, untuk membina momentum bagi menghadapi musim mencabar sepanjang 2018.
Berada di ranking ke-42 dunia, Zii Jia kini merupakan perseorangan kedua terbaik negara di belakang Datuk Lee Chong Wei.
Peningkatan mendadak itu pastinya ingin diteruskan Zii Jia apabila dia menyertai Kejohanan Badminton Masters Malaysia dan Terbuka India bulan ini.
Secara keseluruhan, dia mempunyai musim yang cukup baik pada 2017 dengan menjuarai Siri Antarabangsa Poland, September lalu, selain mara ke separuh akhir Terbuka Bitburger.
"Ini merupakan kedudukan terbaik saya di atas pencapaian yang diraih pada tahun 2017. Saya berharap pada tahun 2018, saya mampu berada dalam kelompok 20 terbaik," katanya.
Sementara itu, Zii Jia bersedia menyahut cabaran andai menjadi pilihan ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, untuk mewakili negara dalam Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah bulan depan.
"Jurulatih telah memberitahu saya mungkin akan beraksi sebagai pemain perseorangan kedua, ia telah melonjakkan semangat saya menjalani latihan untuk mempamerkan persembahan terbaik," katanya.