Perubahan jurulatih tidak memberi kesan kepada pemain perseorangan wanita negara, Lee Ying Ying, yang sebaliknya yakin mampu menyesuaikan diri dengan latihan diterapkan Tey Seu Bock.
Rombakan struktur kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan Seu Bock yang sebelum ini melatih perseorangan lelaki, diberi tanggungjawab mengendalikan kem perseorangan wanita.
Bagi Ying Ying, dia melihat perubahan itu sebagai sesuatu yang positif dalam membentuk dirinya menjadi pemain yang lebih dinamik.
Apatah lagi, Seu Bock memiliki pengalaman luas sebagai jurulatih dan pernah melatih jaguh persorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei.
"Saya rasa caranya sangat bagus kerana dia mampu mengenal pasti kelemahan saya lalu membantu saya membuat perubahan," ujarnya.
Semakin serasi dengan latihan diterapkan, Ying Ying mengakui Seu Bock boleh membantunya mencapai misi yang disasarkan sejak awal tahun untuk menempatkan diri dalam kelompok 40 pemain terbaik dunia.
Ying Ying kini berada di ranking ke-49 dunia di belakang rakan sepasukan, Goh Jin Wei, yang menghuni kedudukan ke-44.
"Saya cukup teruja dengan apa yang berlaku, saya amat menghargai peluang yang diberikan kepada saya," tambahnya.