Pemain beregu wanita negara, Lim Yin Loo, tampil menjelaskan dirinya bukan digugurkan daripada kem badminton negara, sebaliknya mengambil keputusan mengundurkan diri selepas berbakti selama 11 tahun.
Yin Loo pernah menyuarakan hasratnya itu sebelum ini dan kini bertekad untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas faktor umurnya kini sudah menginjak ke 30 tahun.
Yin Loo, yang mula mewakili Malaysia sejak 2006, telah bergandingan dengan 12 pemain berbeza sepanjang tempoh itu, dengan pasangan terakhirnya, Yap Cheng Wen, berjaya membuahkan beberapa kejayaan seperti meraih kejuaraan dalam Kejohanan Cabaran Antarabangsa Terbuka Indonesia dan Grand Prix Terbuka Scotland pada 2016.
"Saya rasa sudah masanya untuk mengundurkan diri dan mencuba sesuatu yang baru," katanya.
Pemain kelahiran Seremban ini juga masih belum memutuskan hala tuju hidupnya selepas keluar daripada BAM bulan depan, namun tidak menolak untuk kembali sebagai jurulatih jika diberikan kesempatan pada masa akan datang.
"Mereka menghormati dan mengambil secara terbuka keputusan saya. Tidak mustahil saya akan menaburkan bakti semula kepada BAM pada masa akan datang," jelasnya.