Bersandarkan pengalaman menjadi antara tonggak dalam saingan berpasukan, pemain profesional negara, Chong Wei Feng, menawarkan nasihat buat barisan pemain perseorangan
lelaki supaya lebih bijak mengawal tekanan agar tidak memakan diri.
Mengimbau igauan edisi 2016 di Kunshan, Wei Feng diletakkan sebagai perseorangan ketiga, namun gagal mengatasi pemain Denmark, Emil Holst, sekali gus menyaksikan skuad negara berputih mata
untuk melangkah ke final.
Justeru, dia memahami tekanan tinggi yang dialami barisan pemain negara bagi memastikan Malaysia layak ke Piala Thomas di Bangkok, Mei depan.
"Perkara yang penting adalah persiapan sebelum menghadapi kejohanan. Saya mengetahui bahawa Taiwan tidak menurunkan barisan terbaik dalam saingan kali ini. Ia mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke suku akhir," katanya.
Selain itu, bekas perseorangan lelaki dan jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek, berasakan Malaysia sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk melepasi peringkat suku akhir.
Peluang cerah dalam peringkat Kumpulan C memandangkan Thailand tidak akan menurunkan pemain utama seperti beregu, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet, mahupun perseorangan, Tanongsak Saensomboonsuk, manakala Taiwan pula tidak menyenaraikan pemain nombor tujuh dunia, Chou Tien Chen.
"Saya berasakan skuad negara mampu beraksi dengan baik, terdapat beberapa pemain yang bakal membuat penampilan pertama dalam saingan kelayakan Piala Thomas ini," kata Rashid.