Bekas beregu lelaki negara, Lee Wan Wah, bakal mengikut jejak beberapa lagi bekas pemain kebangsaan yang berhijrah melatih pemain di luar negara setelah dia kini disunting Persatuan Badminton Jepun untuk melatih skuad remaja.
Wan Wah kini mengikut langkah bekas jurulatih negara, Jeremy Gan, setelah bersetuju untuk menabur bakti bersama Persatuan Badminton Jepun bermula 1 April depan.
Namun, kehadiran Wan Wah bukan menggantikan jurulatih beregu, Reony Mainaky, yang telah meletakkan jawatan tetapi sebagai jurulatih remaja.
Wang bukan motif penghijrahannya ke luar negara, sebaliknya Wan Wah menegaskan peluang untuk mencari pengalaman baru di negara asing menjadi keutamaan.
"Di sana, saya tidak akan menjadi jurulatih beregu lelaki tetapi bakal mengendalikan pemain remaja. Ia berbeza," katanya.
Selain Wan Wah, beberapa bekas pemain lain yang kini sedang berkhidmat di luar negara sebagai jurulatih adalah Tan Kim Her bersama skuad India, Ng Tat Meng (Scotland) dan Choong Tan Fook (Hong Kong).
Wan Wah bakal mengikat kontrak selama setahun dengan badan induk itu dan sasaran yang telah ditetapkan adalah dalam Kejohanan Remaja Asia, Julai depan serta Kejohanan Remaja Dunia tiga bulan kemudian.
"Apabila jurulatih dari Malaysia ke luar negara, pemain di sana akan dapat keputusan yang bagus kerana kami membawa sesuatu yang baru. Jadi, pemain akan meraih lebih banyak pengalaman dan tambahan pilihan dalam corak permainan," tambahnya.