Skip to main content

Badminton

Usai ikat kontrak baru dengan BAM, Pearly-Thinaah dapat habuan RM1 juta seorang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pt.jpg
Gandingan beregu wanita nombor tiga dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, dilaporkan bakal menerima sebanyak RM1 juta seorang usai menandatangani kontrak baharu bersama badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jodoh beregu wanita utama negara itu dilihat berpanjangan selepas memberikan signal positif dan dijangka kekal bernaung di bawa BAM sehingga Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Menurut sebuah akhbar tempatan, juara Terbuka Thailand 2025 itu bagaimanapun akan dinilai berdasarkan tiga kejohanan bagi mempertimbangkan bayaran tersebut oleh BAM. 

Terbuka Jepun yang akan bermula minggu hadapan, termasuk Terbuka China dan Kejohanan Dunia menjadi penanda aras atau petunjuk prestasi utama (KPI) buat Pearly-Thinaah. 

"Seperti yang Presiden BAM (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) maklumkan perbincangan mereka sangat positif, jadi tunggu sebelum saingan Terbuka Jepun ini lagi beberapa hari," kata Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh.

Advertisement

Must Watch Video