Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mengelak satu lagi episod membabitkan prestasi beregu bintang negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Adakah BAM bersedia untuk melaksanakan sesuatu yang drastik bagi memastikan apa yang terjadi kepada bekas beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, tidak berulang?
Sama ada dipisahkan atau tidak, itu dilema yang sedang ditangani BAM susulan kemerosotan prestasi V Shem-Wee Kiong sepanjang tahun ini.
Situasi ini mirip apa yang terjadi kepada Kien Keat-Boon Heong lebih kurang enam tahun lalu yang berkesudahan BAM kehilangan khdimat jurulatih, Rexy Mainaky.
Sehubungan itu, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, tampil menjawab sama ada kata putus itu terletak di tangan pemain atau badan induk itu.
"Mana-mana pemain tidak boleh lebih besar daripada BAM. Banyak lagi perkara yang kami mahu fikirkan.
"Kami harus melihat kepada semua pemain, sekadar mana yang kami boleh buat, kami akan layan sama rata.
"Kami tidak akan berbuat sesuatu perkara semata-mata untuk mereka berdua," katanya.
Nasib V Shem-Wee Kiong akan diketahui minggu depan menerusi perbincangan dalam Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM.
"Keputusannya adalah terletak kepada C&T kerana banyak pendekatan yang dicadangkan seperti berjumpa atau berbincang dengan pemain.
"Saya masih ingat apa yang saya beritahu Pengarah Teknikal, Morten Frost, minggu lepas bahawa dia perlu beri penyelesaian segera," tambah Norza.
Sementara itu, Frost ketika ini ibarat orang tengah dalam mengumpul maklum balas daripada barisan jurulatih dan pemain.
Jika dipisahkan, BAM perlu segera merombak skuad beregu lelaki tetapi jika dikekalkan, beregu negara itu akan diberikan tempoh tertentu untuk mengembalikan prestasi sebenar.
Menurut Frost: "Kami memiliki ramai pemain tetapi bukan berada di tahap seperti mereka.
"Saya melihat banyak pasangan beregu yang tidak mempunyai hubungan yang baik tetapi mereka akhirnya muncul sebagai juara dunia. Saya juga melihatnya di Denmark."