Beregu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terlepas gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua, hari ini, selepas ditundukkan Lee Yang-Wang Chi-Lin.
Lawan dari Taiwan itu nyata di kemuncak prestasi dengan meneruskan momentum kejuaraan Terbuka Thailand yang pertama minggu lalu -- menundukkan beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong -- apabila menang 21-13, 21-18 di Impact Arena, sebentar tadi.
Selaku pilihan kelapan kejohanan, Aaron-Wooi sukar menjelmakan permainan sebenar mereka yang menyaksikan mereka menumpaskan lawan dengan gaya agresif untuk melolosi dua peringkat sebelum ini dengan straight set.