BADMINTON
Terbuka Jepun: Din-Fei lebih variasi dalam misi pertahan kejuaraan
Berbaki 24 jam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun membuka tirai, penolong jurulatih profesional negara, Ameer Zainuddin, yakin Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang dalam misi mempertahankan takhta juara yang diperoleh tahun lalu sudah dibekalkan dengan pendekatan berbeza.
Ameer menjelaskan beberapa perubahan sudah diterapkan dalam corak permainan 'Din-Fei' berikutan strategi digunakan sebelum ini yang disifatkan sudah dihidu pihak lawan.
Tambahnya, prestasi gandingan ranking pertama dunia itu kini semakin matang selain mampu menggunakan kelebihan variasi aspek serangan dimiliki untuk memenangi perlawanan.
Iklan
"Banyak beregu yang sudah tahu untuk menghadapi mereka.
"Jadi ada beberapa corak permainan ditambah baik untuk kejohanan selepas ini.
"Walaupun tidak berada dalam prestasi terbaik, mereka dapat menyelesaikannya dengan baik, kefahaman mereka berdua.
"Ia lebih penting untuk konsisten.
"Sebagai jurulatih, saya mahu mereka mara sejauh mungkin, kekalkan kejuaraan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video



