Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia : Akane Yamaguchi mudah mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akane-yamaguchi-mundur-dari-malaysia-open-dan-india-open-2025.jpg
Perseorangan wanita rangking ketiga dunia, Akane Yamaguchi, tidak berdepan masalah menempah slot ke pusingan suku akhir selepas menyekat kemaraan wakil Chinese Taipei, Sung Shuo Yun, dalam aksi yang memakan masa selama 39 minit.

Pemain kelahiran negara matahari terbit itu memimpin set pertama dengan jurang empat mata untuk memasuki intervel hanya dalam lapan minit sebelum memancing Shuo Yun, menghantar bola jauh ke belakang dari gelanggang untuk mudah memenangi set pertama 21-12.

Tersentak dengan kelincahan lawan, Shuo Yun mula hilang arah dan momentum perlawanan tatkala serangan demi serangan di lakukan Akane.

Ia sekali gus menyaksikan mata demi mata dikutip Yamaguchi yang masih dalam momentum terbaik untuk mara ke pusingan suku akhir dengan keputusan 21-18.

Advertisement

Must Watch Video