Skip to main content

Badminton

Terbuka AS: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin hampiri gelaran

goh-sze-fei-nur-izzuddin.jpg
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selangkah lagi untuk menandakan penggabungan semula mereka dengan nota kejayaan yang menyaksikan beregu lelaki Malaysia itu mempamerkan aksi dominan untuk menempah tempat ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sze Fei-Nur Izzuddin hanya memerlukan 35 minit untuk menumpaskan gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-14 dan 21-17 untuk kemenangan selesa yang mungkin tidak dijangka berdasarkan kualiti lawan mereka.

Bo Yang-Liu Yi menyertai acara Super 300 ini setelah memenangi kejuaraan berturut-turut di China serta Masters Orleans, lantas mereka dijangka perlu mengharungi ujian besar berdepan pilihan ketiga itu. 

Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak membuang masa untuk menjelmakan sentuhan agresif apabila tidak memberi banyak ruang kepada seteru mereka itu untuk mendahului 21-14.

Bo Yang-Liu Yi lebih bertahan dalam set kedua tetapi keazaman tinggi pemain Malaysia itu terbukti untuk mereka melangkah ke final di Council Bluffs.

 

Goh-Izzuddin yang menduduki tangga ke-53 dunia menantikan peluang kejuaraan mereka dengan berhitung dengan wakil Taiwan, Lee Fang-chih/Lee Fang-jen dalam final awal pagi esok. 

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, sebelum ini menyatakan keyakinan anak buahnya itu mampu mengharungi segala cabaran untuk memenangi kejohanan ini walaupun hampir enam bulan tidak bergandingan. 

Sekiranya menang, ia akan menjadi kejayaan pertama mereka dalam tempoh 14 bulan sejak kali terakhir memenangi Terbuka Jerman 2022.

Advertisement

Must Watch Video