Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Gandingan tuan rumah sekat langkah Yew Sin-Ee Yi ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ong-yew-sin-teo-ee-yi-malaysia-badminton.jpg
Hasrat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka China tidak kesampaian apabila tumbang kepada gandingan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, di Changzhou sebentar tadi.

Berdepan lawan di ranking ketujuh dunia itu, Yew Sin dan Ee Yi bermula perlahan tetapi sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang sehingga mengikat kedudukan 12-12 sebelum terpaksa akur tewas 18-21 dalam set pertama.

Keadaan kian sukar buat gandingan nombor 23 dunia itu apabila mereka ketinggalan 1-6 pada awal set kedua dan selepas itu, permainan mereka serba tidak menjadi untuk tewas 11-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.

Ji Ting-Xiang Yu seterusnya akan bertemu seorang lagi wakil negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bagi penentuan gelaran esok.
 

Advertisement

Must Watch Video