Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Aaron-Wooi Yik terlalu unggul, mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-soh.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi mempamerkan sentuhan penuh memukau dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka China dengan kemenangan yang membawa mereka ke pentas suku akhir.

Hanya 35 minit tempoh permainan yang diperlukan buat Aaron-Wooi Yik untuk menewaskan gandingan Perancis, Christo dan Tomas Popov dengan keputusan 21-17, 21-18.

Membawa status sebagai pilihan kedua, Aaron-Wooi Yik dijangka akan meneruskan rentak cemerlang itu sekaligus dalam usaha untuk merebut gelaran di final nanti. 

Nur Azryn Ayub-Tan Wee Kiong atau Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal menjadi halangan Aaron-Wooi Yik selepas kedua-dua pasangan negara itu bertembung di pusingan kedua sebentar lagi.

Advertisement

Must Watch Video