Pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat, mengidamkan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur bagi menamatkan penantian kejuaraan selepas mengharungi prestasi turun naik sepanjang tahun ini.
Musim 2017 menyaksikan Soon Huat bersama pasangannya, Shevon Jemie Lai, bermula baik dengan mara ke final Kejohanan Masters Malaysia di Sibu serta suku akhir Kejohanan Syed Modi di India.
Namun, kecederaan buku lali yang dialami Soon Huat mengakibatkan mereka tidak dapat beraksi dalam Siri Super Terbuka Malaysia.
Kedukaan itu ditebus dengan pencapaian selaku naib juara Terbuka Thailand, Jun lalu.
Momentum itu cuba dikekalkan beregu di ranking ke-18 dunia itu untuk persiapan menghadapi Sukan SEA dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan emas bagi acara beregu campuran.
"Kami menjalani latihan dengan baik dan dalam tempoh dua minggu ini, kami menjalani latihan berat.
"Berdasarkan tahap fokus dan keyakinan, kami menyasarkan emas," katanya.
Dalam perkembangan lain, peningkatan yang dipamerkan satu lagi beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, turut menambah keyakinan buat Soon Huat agar kedua-dua gandingan itu dapat menyerlah dalam Sukan SEA nanti.
Apa yang penting, dia serta Shevon perlu mengekalkan tumpuan di atas gelanggang selain memperbaiki kelemahan yang masih membelenggu corak permainan mereka.
"Kalau terlalu memikirkan untuk menjuarai pertandingan, ia akan memberi lebih banyak tekanan buat kami.
"Cuma saya berharap dapat mencapai tahap konsistensi dalam permainan."