Skip to main content

Badminton

Sukan SEA: Sasaran realistik elak beban buat atlet

28717matrasid.jpg
Pengurus skuad badminton Sukan SEA negara, Mat Rasid Jahlil, percaya pendekatan meletakkan sasaran realistik lebih baik dalam mengelak meletakkan tekanan kepada skuad negara.

Secara keseluruhan, selain sasaran dua pingat emas daripada beregu campuran dan wanita, BAM memperincikan sasaran kepada tambahan dua perak dan empat gangsa daripada acara individu lain dan juga berpasukan.

Ini semua turut mengambil kira faktor kualiti lawan daripada skuad pencabar utama negara, Thailand dan Indonesia, yang tampil dengan barisan terkuat.

"Kami memang memiliki harapan untuk meraih keputusan yang lebih baik daipada sasaran yang telah diletakkan," kata Mat Rasid.

"Saya menjangkakan pemain-pemain Malaysia akan mendapat suntikan semangat daripada penyokong-penyokong yang hadir. Mereka mampu memberikan yang terbaik walaupun berdepan lawan yang lebih sukar."

Advertisement

Must Watch Video