Skip to main content

Badminton

Sukan Komanwel penampilan terakhir Chong Wei

chongwei5118.jpg
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mahu mengakhiri penampilan dalam Sukan Komanwel dengan mengembalikan penguasaan emas bagi acara perseorangan dan berpasukan campuran seperti yang dilakukan pada 2006 dan 2010.

Dengan usia yang sudah menjangkau 36 tahun, Chong Wei mengakui temasya sukan di Gold Coast pada Ogos depan itu akan menjadi penampilan terakhirnya bersama skuad negara.

"Dalam tahun ini bukan hanya ada Piala Thomas, masih ada Sukan Asia dan Sukan Komanwel di mana ia juga sangat penting untuk kerjaya saya. Ini adalah Sukan Asia dan Sukan Komanwel terakhir saya," katanya.

Bagaimanapun, ia tidak akan menghalangnya untuk meneruskan penguasaan Malaysia di podium utama, baik dalam acara perseorangan mahupun berpasukan campuran seperti dilakukan
Malaysia ketika di Melbourne 2006 dan New Delhi 2010.

Dalam edisi terdahulu di Glasgow 2014, Malaysia membawa pulang tiga emas menerusi acara beregu lelaki, beregu wanita dan berpasukan campuran.

Pada ketika itu, Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk muncul juara ekoran kecederaan yang memaksanya menarik diri.

"Saya rasa jurulatih sukar buat keputusan kerana kami mempunyai acara berpasukan dan ada perseorangan.

"Jadi, saya perlu membuat persiapan terbaik sebab mempunyai banyak perlawanan," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video