Skip to main content

Badminton

Seu Bock percaya kekuatan skuad wanita negara

12817jinwei.jpg
Skuad badminton wanita negara melabelkan diri sebagai 'kuda hitam' dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah bulan depan tatkala ramai meragui kemampuan mereka untuk menempah slot automatik ke Piala Uber di Bangkok dari 20 Mei hingga 27 Mei depan. 

Sebagaimana skuad lelaki bergelut untuk ke Piala Thomas, begitu juga kem wanita yang dilihat tidak mempunyai barisan mantap bagi menghadapi kempen kelayakan itu.

Di atas kertas, ranking setiap pemain juga tidak berada di kedudukan membanggakan berbanding lawan di rantau Asia, misalnya pemilihan perseorangan wanita, Lim Yin Fun, yang berada di tangga ke-88 dan S. Kisona ke-97 dunia.

Namun, ketua jurulatih perseorangan wanita, Datuk Tey Seu Bock, berkata kejohanan berformatkan pasukan seperti kelayakan Piala Uber tertumpu kepada percaturan strategi dan bukan bergantung kepada
kemampuan individu semata-mata.

"Dalam acara perseorangan, saya rasa inilah yang terbaik. Ia berdasarkan kepada kemampuan mereka dalam latihan dan keputusan kejohanan sebelum ini.

"Saya pilih mereka sebab percaya mereka boleh melakukannya," katanya.

Antara sandaran dalam skuad wanita negara masih berkisar kepada perseorangan, Goh Jin Wei, dan gandingan beregu, Vivian Hoo Kah Mun dan Janice Woon Khe Wei.

Mengakui sebenarnya tidak tertekan, mereka sebaliknya tetap optimis mampu layak ke Piala Uber sebagai empat pasukan terbaik dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

"Saya rasa seperti 'kuda hitam' kerana tiada tekanan. Kami hanya pergi untuk berjuang. Thailand, Indonesia dan Korea Selatan begitu kuat, kami hanya perlu melawan," kata Jin Wei.

Barisan pemain negara:

Perseorangan lelaki:
• Datuk Lee Chong Wei
• Lee Zii Jia
• Iskandar Zulkarnain Zainuddin
• Soong Joo Ven

Beregu lelaki:
• Goh V Shem / Tan Wee Kiong
• Teo Ee Yi / Ong Yew Sin
• Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Rumsani

Perseorangan wanita:
• Sonia Cheah Su Ya
• Goh Jin Wei
• Lim Yin Fun
• S. Kisona

Beregu wanita:
• Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei
• Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
• Goh Yea Ching / Yap Cheng Wen
 

Advertisement

Must Watch Video