Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Liew Daren, gusar dengan risiko kecederaan berulang selepas menjadi wakil tunggal acara perseorangan lelaki negara dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, 6 hingga 10 Mac ini.
Daren sebelum ini menarik diri daripada separuh akhir Masters Malaysia bulan lalu ekoran kecederaan tapak kaki kiri.
Pemain berusia 32 tahun itu berharap kecederaan yang menimpanya itu tidak akan berulang dalam kejohanan di Birmingham, England, itu selepas tidak berpeluang menyertai Terbuka Indonesia bulan lalu.
Undian di Birmingham menyaksikan Daren berada dalam kelompok membabitkan juara bertahan, Shi Yuqi, serta dua lagi bekas juara dari China, Lin Dan dan Chen Long.
"Setakat ini, ia sudah pulih sebanyak 80 peratus.
"Saya berharap ia akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
"Saya juga berharap ia tidak akan menjadi kecederaan berulang.
"Setakat ini ia semakin baik, cuma saya berasa sedikit fobia andai ia berulang selepas ini," katanya.
Daren akan berlepas ke Birmingham, Sabtu ini dengan tidak meletakkan sebarang sasaran selain memperbaiki ranking dunianya yang kini berada di tangga ke-29.
"Saya belum meletakkan sebarang sasaran.
"Saya cuma mahu beraksi baik dalam setiap perlawanan.
"Kejohanan itu bertaraf Masters 1000, jadi cabarannya pasti sukar.
"Apa yang penting adalah saya perlu meningkatkan ranking saya selepas terlepas beberapa kejohanan penting sebelum ini," tambahnya.