Skip to main content

Badminton

Safawi terus menyerlah

safawi14118.jpg
Penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Muhammad Safawi Rasid, terus menunjukkan kematangan dalam permainan menerusi gol demi gol, terbaru ketika seri 1-1 menentang Jordan dalam aksi kedua Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changshu, semalam.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mempamer ketenangannya dalam menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu skuad muda negara bangkit mengimbangi perlawanan. 

Ia gol keduanya dalam kejohanan ini selepas meraih jaringan ketika perlawanan pertama bertemu Iraq, Rabu lalu.

Dia mengekalkan momentum itu sejak dua jaringannya bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019 dan perlawanan persahabatan di Mokpo, Korea Selatan, bulan lalu.

"Saya mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan penyokong. Ini pun saya belajar daripada latihan. Alhamdullillah, saya dapat menjaringkan gol untuk negara," katanya. 

Sememangnya, jaringan kali ini memberi kepuasan tersendiri kerana ia berjaya memastikan keputusan positif buat skuad muda negara berbanding meledak gol ketika pasukannya tumpas 1-4 bertemu Iraq.

"Saya tidak mahu pasukan Asia Barat merendahkan kita. Hari ini (semalam) saya sudah memberikan yang terbaik untuk Malaysia dan kita mendapat keputusan yang positif," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video