Kelab Badminton (KB) Cheras menamatkan saingan round robin dengan kemenangan 11-7 ke atas KB Petaling dalam perlawanan ketujuh SS Purple League (SSPL) di Sports Arena, hari ini.
Mengikut kedudukan semasa setakat ini, kedua-dua pasukan sedang menghuni kedudukan ketiga teratas liga dan sudahpun selangkah mara ke peringkat seterusnya.
Mereka hanya perlu menunggu keputusan pasukan lain untuk menamatkan perlawanan ketujuh esok bagi memuktamadkan kedudukan enam pasukan terbaik yang layak ke peringkat kedua SSPL.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit sejak acara perseorangan lelaki lagi apabila pemain KB Petaling, Tan Chun Seang, dan pemain KB Cheras, Chong Yee Han, terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 (10-11, 11-6, 11-10, 5-11).
Pemain perseorangan wanita KB Petaling dari Indonesia, Hera Desiana Rachmawati, meletakkan pasukannya di depan 5-2 mendahului set mata keseluruhan. Dia mengatasi pemain KB Cheras, Grace Chua, 3-0 (11-5, 11-3, 11-8).
Bagaimanapun, KB Cheras kembali bangkit menerusi acara beregu lelaki. Pasangan KB Petaling, Ian Wong Jien Sern-Man Wei Chong, gagal menghalang kehebatan gandingan KB Cheras, Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wee Gieen, apabila mereka tumpas 0-3 (3-11, 10-11, 6-11). Keputusan itu mengubah pungutan set mata keseluruhan kepada 5-5.
KB Petaling terus kecewa apabila tewas sekali lagi dalam acara beregu campuran. Kali ini, pemainnya, Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah, kalah 1-3 (11-8, 9-11, 7-11, 9-11) kepada pasangan KB Cheras, Payee Lim Peiy Yee/Terry Hee Yong Kai. Keputusan itu membolehkan KB Cheras di depan 8-6.
Hasrat KB Petaling untuk bangkit dalam satu lagi acara perseorangan lelaki tidak menjadi kenyataan. Biarpun sering bertukar mata, namun perlawanan ini akhirnya memihak KB Cheras apabila Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas 1-3 (6-11, 11-10, 10-11, 2-3) kepada Fikri Ihsandi dalam tempoh 30 minit.
Jurulatih KB Cheras, Nova Armada, berkata: “Kemenangan dalam perlawanan terakhir ini penting untuk meningkatkan semangat pemain. Apapun, kami sudah layak dalam kedudukan enam teratas, itu lebih penting sebenarnya.
“Untuk peringkat kedua, saya akan kekal dengan pemain sama kerana fokus utama kami adalah dalam saingan peringkat terakhir di Resorts World, Genting nanti . Dengan persembahan semua pemain setakat ini, saya amat gembira dan berpuas hati kerana pemain berusaha keras sehingga kami berada di kedudukan kedua liga round robin sekarang."
Saingan peringkat round robin SSPL 2017/18 kini sudah memasuki perlawanan ketujuh dan esok adalah penentu untuk pasukan layak ke peringkat seterusnya. Enam daripada lapan pasukan terbaik akan beraksi di peringkat akhir di Resorts World Genting, bermula Isnin hingga 11 Februari ini.
Keputusan:
KB Petaling BC kalah kepada KB Cheras 7-11
MS2: Tan Chun Seang seri dengan Chong Yee Han 2-2 (10-11, 11-6, 11-10, 5-11)
WS: Hera Desiana Rachmawati kalahkan Grace Chua Hui Zhen 3-0 (11-5, 11-3, 11-8)
MD: Ian Wong Jien Sern-Man Wei Chong kalah kepada Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wee Gieen 0-3 (3-11, 10-11, 6-11)
XD: Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah kalah kepada Payee Lim Peiy Yee-Terry Hee Yong Kai 1-3 (11-8, 9-11, 7-11, 9-11)
MS1: Iskandar Zulkarnain Zainuddin kalah kepada Fikri Ihsandi Hadmadi 1-3 (6-11, 11-10, 10-11, 2-3)