Perlawanan ketujuh yang juga perlawanan terakhir buat Kelab Badminton (KB) Serdang nyata menjadi penamat badi kekalahan pasukan itu dalam saingan round robin SS Purple League (SSPL) di Sports Arena, hari ini.
Mereka mencatatkan kemenangan sulung 11-7 mengatasi KB Bangsar Hawks untuk sekurang-kurangnya menjadi penawar dalam saingan kali ini. Kemenangan itu, bagaimanapun, tidak mengubah kedudukan KB Serdang di dasar liga dan kemungkinan besar, mereka akan bertemu sekali lagi dengan KB Bangsar Hawks untuk menentukan kedudukan tempat ke-7/8 SSPL musim ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, berjaya meletakkan KB Serdang di depan menerusi kemenangan 3-0 (11-4, 11-8, 11-3) yang diciptanya ke atas pemain KB Bangsar Hawks, Zhang Song Ye.
Huang Qiong Hui terus melebarkan pungutan mata buat KB Serdang selepas itu apabila dia mengutip kemenangan dalam acara perseorangan wanita. Pemain itu berjaya mengatasi cabaran pemain KB Bangsar Hawks, Yap Yee, dengan 3-0 (11-6, 11-8, 11-5), sekaligus mengubah pungutan set mata keseluruhan kepada 6-0.
Acara beregu lelaki pula dikuasai oleh KB Bangsar Hawks menerusi gandingan Dede Ryan Philip/Yap Qar Siong yang menang tipis 3-2 (11-10, 6-11, 5-11, 11-1, 11-6) mengatasi Syazmil Idham/Ong Wei Khoon.
Kedudukan itu masih meletakkan KB Serdang mendahului kutipan set mata keseluruhan 8-3.
Begitu juga dalam acara beregu campuran apabila KB Bangsar Hawks sekali lagi mencatatkan kemenangan. Kali ini gandingan Liu Lin/Aliff Nurizwan mengatasi pasangan KB Sedang, Derek Yeoh/Tan Sueh Jeou, dengan 3-0 (11-6, 11-8, 11-9).
Kemenangan itu merapatkan kedudukan set mata keseluruhan KB Bangsar Hawks kepada 8-6.
Lee Zii Jia, yang turun dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki mempamerkan corak permainan mantap untuk menewaskan Zulhelmi Zulkiffli 3-1 (11-7, 11-9, 10-11, 11-8) bagi memastikan pasukan KB Serdang mengecapi kemenangan pertama mereka musim ini.
Ketua jurulatih KB Serdang, Ong Ewe Hock, berkata: “Memang kami menang kali pertama sepanjang saingan Purple League kali ini, jadi saya juga rasa gembira. Sayang kerana kebanyakan perlawanan yang kami tewas, kami kalah tipis 10-11 kepada pasukan lawan. Mungkin pengalaman pihak lawan yang membezakannya dengan pemain kita.
“Esok pasukan lain masih ada satu lagi perlawanan, tetapi dengan kedudukan sekarang mungkin kami sudah gagal ke peringkat seterusnya.
"Jadi, saya harap kami dapat berada di kedudukan ketujuh kali ini walaupun pada awalnya sasaran kami adalah nombor enam. Secara keseluruhannya, saingan ini adalah satu pendedahan yang berguna kepada semua pemain muda."
Hanya enam pasukan teratas daripada saingan liga round robin SSPL yang akan layak ke peringkat seterusnya. Mereka akan mengharungi peringkat kedua sebelum bersaing di peringkat akhir SSPL di Arena Of Stars, Resorts World Genting bermula Isnin hingga 11 Februari ini.
Keputusan hari ini:
KB Ampang Jaya kalahkan KB Serdang 15-1
MS2: Yan Runze kalahkan Leong Jun Hao 3-0 (11-5, 11-9, 11-8)
WS: Goh Jin Wei kalahkan Huang Qiong Hui 3-0 (11-5, 11-9, 11-3)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail kalahkan Ong Wei Khoon-Tan Jinn Hwa 3-0 (11-6, 11-6, 11-9)
XD: Chan Peng Soon-Nurul Farisha Abd Malek kalahkan Mohd Syazmil Idham-Tan Sueh Jeou 3-0 (11-3, 11-5, 11-7)
MS1: Zulfadli Zulkiffli kalahkan Lee Zii Jia 3-1 (11-7, 11-4, 7-11, 11-6)
KB Bangsar Hawks BC kalah kepada KB Serdang 7-11
MS2: Zhang Song Ye kalah kepada Leong Jun Hao 0-3 (4-11, 8-11, 3-11)
WS: Yap Yee kalah kepada Huang Qiong Hui 0-3 (6-11, 8-11, 5-11)
MD: Dede Ryan Philip-Yap Qar Siong kalahkan Mohd Syazmil Idham-Ong Wei Khoon 3-2 (11-10, 6-11, 5-11, 11-1, 11-6)
XD: Liu Lin-Muhd Aliff Nurizwan kalahkan Derek Yeoh-Tan Sueh Jeou 3-0 (11-6, 11-8, 11-9)
MS1: Zulhelmi Zulkiffli kalah kepada Lee Zii Jia 1-3 (7-11, 9-11, 11-10, 8-11)