Skuad badminton negara masih ada masa untuk memperbaiki ranking pasukan yang berupaya menjadi penyelamat ke pusingan akhir Piala Thomas jika gagal dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah dari 6 hingga 11 Februari ini.
Kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu kedua bulan ini hanya menentukan kedudukan Malaysia sebagai pilihan bagi menghadapi kejohanan yang juga kelayakan piala berpresij itu.
Sebaliknya, kedudukan ranking pada Mac adalah penting memandangkan ia akan menjadi susunan terakhir yang diguna pakai BWF untuk menentukan siapa yang akan ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 27 Mei nanti.
"Kami akan lihat semula ranking kelayakan ke pusingan akhir di Bangkok pada hujung Mac ini. Jadi, Malaysia masih ada masa lagi kerana musim BWF sudah bermula minggu ini.
"Sudah banyak kejohanan diadakan. Saya difahamkan pemain Malaysia ramai dihantar ke kejohanan seperti Thailand Masters, Malaysia Masters dan India Masters. Mungkin ini adalah peluang
untuk menaikkan ranking pemain Malaysia," kata Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh.
Sementara itu, Kenny mengesahkan jaguh China, Lin Dan dan Chen Long, tidak berada dalam senarai pemain Negara Tembok Besar itu dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
"Negara yang sudah mengesahkan pemain adalah China. Sebahagian besar pemainnya adalah daripada skuad pelapis dan remaja.
"Kalau mengikut peraturan, mereka boleh membuat pertukaran sehingga 16 Jan ini. Setakat ini, tiada nama Lin Dan dan Chen Long," ujarnya.