Ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, tegas mempertahankan penyertaan anak buahnya, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dalam skuad negara sekalipun pemain itu berada di tangga ke-99 dunia bagi menghadapi kelayakan Piala Thomas di Alor Setar bulan depan.
Biarpun terdapat pemain yang lebih bagus dalam ranking, Iskandar dirasakan pemain yang mampu memberi keseimbangan daripada sudut pengalamannya yang pernah bersama skud negara ketika edisi
di Kunshan 2016 selain turut beraksi di peringkat Siri Super.
Begitu juga dengan komitmen dan prestasi ketika sesi latihan yang menyaksikan Soong Joo Ven terpilih untuk menggalas cabaran Malaysia
"Saya menaruh harapan kepadanya untuk menggalas cabaran pasukan ini supaya setidak-tidaknya dia memberi satu impak yang lebih daripada skuad sedia ada, " kata Misbun selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini.
Sementara itu, tiada kejutan berlaku dalam pemilihan pemain beregu lelaki, dengan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menjadi sandaran utama.
Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, optimis dengan barisan yang diumumkan mampu untuk membawa Malaysia layak secara automatik ke Bangkok, Mei depan biarpun ramai yang meragui dengan kemampuan kem negara ketika ini.
"Saya tahu ramai yang berasakan pemain kita ini tidak dapat memberikan cabaran tetapi lihat pada 2014, mereka pergi ke final. Saya rasa kami mempunyai kombinasi baik," kata Norza.
"Dalam kejohanan berpasukan, semua pemain bertanggungjawab mendapatkan mata. Jadi, sebagai jurulatih beregu, sudah tentu impian saya untuk mendapatkan dua mata penuh.
"Tetapi, kita akan cuba mendapatkan sebanyak mata yang boleh," kata jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit.
Barisan pemain negara:
Perseorangan lelaki:
• Datuk Lee Chong Wei
• Lee Zii Jia
• Iskandar Zulkarnain Zainuddin
• Soong Joo Ven
Beregu lelaki:
• Goh V Shem / Tan Wee Kiong
• Teo Ee Yi / Ong Yew Sin
• Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Rumsani
Perseorangan wanita:
• Sonia Cheah Su Ya
• Goh Jin Wei
• Lim Yin Fun
• S. Kisona
Beregu wanita:
• Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei
• Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
• Goh Yea Ching / Yap Cheng Wen