Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Persahabatan Pearly-Thinaah buat hati berbunga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinaah-pearly.jpg
'Buah hati' rakyat  Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa akur ditunjuk jalan keluar dari Kejohanan Seluruh England apabila tewas kepada pasangan Jepun Chiharu Shida-Nami Matsuyama 21-17, 21-19 pada Jumaat.

Seperti biasa mereka menunjukkan semangat juang yang sukar ditandingi biarpun Pearly Tan tidak berada pada tahap fitness yang terbaik, kerana mengalami kecederaan pada buku lali kiri yang mengakibatkan kesakitan dalam pergerakannya.

Mujur, BFF nya M. Thinaah tiada masalah dalam membantu dari segi mengawal gelanggang ketika serangan bertali arus daripada pasangan Jepun.

Ketika ditemubual wartawan Zaki Zainal sejurus sahaja tamat aksi, Pearly cuba menunjukkan muka berani namun kekecewaan jelas terpancar pada wajahnya. Akhirnya Perly menitiskan airmata jua, namun Thinaah lekas mengatakan dia berbangga dengan pencapaian mereka di Seluruh England kali ini. 

“It’s going to be ok, I am very proud.”

Bila Thinaah berungkap begitu, Pearly kelihatan lebih tenang dan ini jelas buktikan bahawa mereka bukan sekadar partner di atas gelanggang, tapi di luar gelanggang, persahabatan mereka adalah telus dan ikhlas. Bestfriends, like sisters.

Advertisement

Must Watch Video