Skip to main content

Badminton

Pemain profesional negara belum boleh beraksi selepas hampir setahun berehat

ng-qi-xuan.jpg
Pemain badminton profesional negara, Ng Qi Xuan, yang mengalami kecederaan serius di bahagian lutut kanan kini fokus kepada fasa pemulihan.

Dia sedang dalam pemantauan rapi doktor serta giat menjalani program pemulihan serta fisioterapi bagi memastikan dia bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan kompetitif tanpa kecederaan yang sama berulang. 

Menerusi pemantauan awal, pemain berusia 25 tahun itu dijangka akan mula berlatih dalam keamatan sederhana bermula Oktober tahun ini.

Dalam pada itu, pemain yang lebih dikenali menerusi kategori beregu wanita itu bersedia untuk beralih arah kepada kategori beregu campuran di samping Owen Ting sejurus cergas sepenuhnya.

"Selepas tujuh bulan dalam program pemulihan, saya merasakan baru mencapai 40 peratus dan memerlukan beberapa bulan lagi untuk kembali beraksi. 




"Saya dan Owen ada berbincang soal kemunculan semula saya setelah hanya sempat bergandingan dengannya dalam tiga kejohanan," katanya.

Malah, pemain yang berasal dari Negeri Sembilan itu kini sudah mula terfikir untuk membimbing mana-mana pemain yang memerlukan khidmatnya sebagai jurulatih persendirian.

"Mereka yang berminat boleh menghubungi saya," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video