Skip to main content

Badminton

Mei Kuan sedia terima gandingan baru

meikuan301182.jpg
Pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan, bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai pasangannya jika itu menjadi sebahagian strategi jurulatih dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, minggu depan.

Mei Kuan kehilangan gandingannya, Lee Meng Yean, ekoran kecederaan lutut kanan dan terpaksa berehat selama enam minggu.

Biarpun Tee Jing Yi dipanggil selaku pengganti, ia belum satu kepastian mereka berdua akan digandingkan dalam kejohanan itu.

Skuad yang akan beraksi dalam Piala Uber itu juga mempunyai satu lagi gandingan beregu, Goh Yea Ching-Yap Cheah Wen, selaku beregu ketiga negara.

"Perkara di dalam gelanggang (corak permainan) saya dengan Mei Yean lebih jelas. Jadi, apabila mendapat rakan beregu baru, kami perlu menyesuaikan diri. 

"Saya pernah bermain dengan pasangan lain sebelum ini. Tetapi apa strategi jurulatih saya tidak tahu. Kami akan bersedia untuk turun dalam setiap perlawanan," kata Mei Kuan.

Dalam pada itu, ketua jurulatih beregu wanita negara, Wong Pei Tty, masih enggan mendedahkan siapa barisan beregu yang akan diturunkan di Alor Setar nanti.

Dia berkata, keputusan itu kekal sebagai sebahagian strategi pasukan untuk menghadapi lawan.

"Kami hanya menukar Meng Yean dengan Jing Yi. Berbanding dengan pemain lain, Jing Yi adalah penyerang yang baik. Sudah tentu kami memerlukan penyerang kerana ia kekurangan kami.

"Bagaimana saya membuat pertukaran gandingan, saya tidak boleh beritahu," katanya.

Advertisement

Must Watch Video