Tiga beregu campuran negara tampil dengan aksi cemerlang apabila menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena, hari ini.
Mereka adalah Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng- Lai Pei Jing.
Kian Meng-Pei Jing, yang juga juara bertahan, mara setelah bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan gandingan dari Denmark, Anders Skaarup Ramussen-Line Hojmark Kjaersfeldt, 11-21 21-16, 21-14.
Mengulas mengenai perlawanan pertama tadi, Pei Jing berkata: “Kami agak gementar tadi mungkin kerana ini adalah perlawanan pertama. Kami juga tidak dapat mempamerkan strategi yang dirancang pada set pertama serta melakukan banyak kesilapan.
"Dalam set kedua, kami cuba bangkit. Saya memberitahu pasangan supaya cuba mendapatkan satu mata demi satu mata dan kami mendapat momentum semula.
“Tekanan adalah bukan kerana kami merupakan juara bertahan kejohanan ini. Ia adalah kerana kami mahu mampamerkan permainan yang baik di hadapan penyokong sendiri. Saya rasa kecewa sedikit kerana kami tewas dalam set pertama, namun tidak berputus asa."
Kian Meng pula menganggap sokongan daripada penyokong membantu mereka bangkit daripada ketinggalan.
“Kunci kebangkitan kami pada hari ini adalah kerana kami bermain habis-habisan. Sebelum ini, permainan kurang bagus tetapi hari ini kami bermain di Malaysia. Jadi, kami memberikan yang terbaik untuk penyokong sendiri. Penyokong memainkan peranan penting untuk membuatkan kami bangkit berjuang dalam perlawanan tadi.
“Lawan selepas ini mungkin pasangan Thailand (Dechaphol Puavaranukroh-Putitta Supajirakul) ataupun junior kami sendiri (Chen Tang Jie-Cheah Yee See).
"Di atas kertas, memang mereka akan menghadapi lawan sukar tetapi saya harapkan junior kami mempamerkan permainan lebih baik kerana mereka tidak menghadapi tekanan beraksi di sini."
Turut melepasi pusingan pertama adalah Soon Huat-Jemie Lai yang menang ke atas pasangan Belanda, Jacco Arends-Selena Piek, 21-17, 21-17.
Sementara itu, Peng Soon-Liu Ying pula mengalahkan pasangan dari Perancis, Bastian Kersaudy-Lea Palermo, 21-11, 21-17.