Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 selepas menewaskan wakil China, Lu Guang Zu, di Stadium Tertutup Singapura, sebentar tadi.
Dia hanya memerlukan 37 minit untuk menoktahkan status selaku juara menerusi aksi straight set 21-16,21-10
Juara dunia 2023 itu kini menjadi pemain pertama dari Thailand yang menduduki ranking pertama dunia dengan sebelum ini dia turut bergelar juara Asia di Ningbo, China, baru-baru ini.
Untuk rekod, dia turut telah memenangi enam gelaran dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris itu sebelum ini mencuri tumpuan selepas corak permainannya yang seakan sama dengan idolanya iaitu lagenda badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei.