Kejayaan menjuarai Kejohanan Masters Thailand meningkatkan keyakinan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, bahawa mereka belum hilang sentuhan untuk menghadapi tiga tugasan penting tahun ini.
Pasangan itu kembali digandingkan selepas dipisahkan lapan bulan susulan Liu Ying terpaksa menjalani pembedahan bahu pada Mei tahun lalu.
Begitupun, tiada sebarang masalah apabila mereka membuktikan persefahaman cukup baik di atas gelanggang untuk menewaskan gandingan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh dan Puttita Supajirakul, 21-15, 14-21, 21-16 dalam final di Bangkok, semalam.
Liu Ying menganggap kejayaan itu sebagai permulaan kepada musim cemerlang sepanjang tahun ini, terutama bagi menghadapi Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.
"Saya harap ini adalah permulaan yang baik bagi saya. Saya harap boleh teruskannya. Saya mahu mengawal kecederaan saya dan memperbaiki keserasian dengan Peng Soon selepas lapan bulan tidak
berganding.
"Ketika di gelanggang, masih ada ketidaksefahaman sedikit. Saya harap ia boleh tingkatkan lagi," katanya ketika ditemui setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Peng Soon dan Liu Ying seterusnya akan menyertai Masters Malaysia di Bukit Jalil, bermula esok hingga Ahad ini.
Mengulas mengenai kejohanan itu, Peng Soon berkata tiada sebarang tekanan apabila beraksi di hadapan penonton sendiri dan ingin memastikan momentum kemenangan dapat diteruskan.
"Ini adalah kejuaraan besar untuk meningkatkan keyakinan kami. Memang kami mahu bermain baik (dalam Masters Malaysia) di depan penyokong sendiri.
"Jadi, saya harap dapat memberikan persembahan baik untuk peminat tempatan," ujarnya.