Sekalipun tidak memiliki pengaruh luar biasa daripada Goh Jin Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetap menyandarkan harapan buat pemain sedia ada untuk pulang dengan kalungan pingat daripada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kazan, Russia bermula Isnin ini.
Dua kejuaraan remaja dunia terakhir Malaysia disumbangkan oleh Jin Wei menerusi acara perseorangan wanita dalam edisi 2015 dan 2018.
Buat edisi kali ini, BAM meyandarkan segala aspirasi mereka kepada dua wakil negara, iaitu kapten pasukan, Yap Roy King, dan gandingannya dalam acara beregu lelaki, Ooi Jhy Dar.
Selain itu, BAM juga boleh mengharapkan sentuhan perseorangan wanita profesional, K. Letshanaa.
"Tiada apa yang mustahil dan kami mempunyai bakat individu yang baik dalam pasukan sekiranya mereka bermain dengan potensi yang sepatutnya," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
"Saya yakin mereka mampu membuat kejutan dan saya mahu mereka mempunyai semangat patriotik, kepercayaan dan tidak takut dengan mana-mana lawan di dalam gelanggang.
"Saya berharap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh dan akan membawa pulang pingat," katanya.