Bekas juara Kejohanan Badminton Kebangsaan dua tahun berturut-turut, Lim Chi Wing, mengintai kejayaan dalam Kejohanan Masters China 2019 meskipun berhadapan cabaran sukar apabila bakal bertemu Song Joo Ven dalam pusingan pertama, bermula 12 Mac ini.
Chi Wing menganggap bekas juara remaja Asia itu sebagai cabaran sengit setelah Joo Ven menampilkan aksi cemerlang dalam final Kejohanan Kebangsaan di Arena Badminton, Perak, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, dalam merealisasikan misi di bumi China itu, Chi Wing sedang menjalani persiapan rapi dengan latihan tambahan menjelang kejohanan itu.
Bagi pemain berusia 20 tahun itu, usahanya itu boleh membantunya memperbaiki kelemahan serta sukar diatasi pihak lawan.
"Saya harap dapat mara ke suku akhir tetapi saya akan sekali lagi menentang Joo Ven dalam pusingan pertama.
"Saya akan cuba berikan cabaran terbaik untuk mengatasinya.
"Saya sedar saya beraksi tidak berapa bagus ketika menentangnya dalam Kejohanan Kebangsaan, barangkali dia lebih tangkas dan pantas.
"Jadi, saya harap dapat memberikan aksi yang lebih baik selepas ini," katanya.
Sementara itu, finalis Kejohanan Remaja Dunia 2017, Leong Jun Hao, mengimpikan tempat dalam Kejohanan Dunia 2019 untuk membantunya memperbaiki ranking di kedudukan ke-114 dunia ketika ini.
"Sudah pasti saya ingin menyertai kejohanan antarabangsa tetapi terlebih dahulu perlu pastikan kecederaan yang dialami sudah pulih sepenuhnya.
"Saya harap dapat mencatat keputusan yang bagus untuk menaikkan ranking," kata Jun Hao.