Kelab Badminton (KB) Puchong United mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan teratas liga round robin selepas mengatasi KB Cheras 11-8 dalam perlawanan keenam SS Purple League di Sports Arena Sentosa sebentar tadi.
Kemenangan itu juga membolehkan mereka mengekalkan reputasi selaku satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam peringkat ini dengan hanya satu baki perlawanan bakal dilalui pasukan itu.
Acara perseorangan lelaki menyaksikan pemain KB Puchong United, Liew Daren, dan pemain KB Cheras, Chong Yee Han, beraksi sengit sehingga mereka terpaksa akur seri 2-2 (11-10, 10-11, 8-11, 11-9) dalam tempoh 30 minit.
KB Puchong United mula di depan dalam acara perseorangan wanita selepas pemainnya, Deng Xuan, cemerlang menumpaskan Grace Chua Hui Zhen dengan 3-0 (11-8, 11-6, 11-9). Kemenangan itu membolehkan mereka mendahului pungutan set mata keseluruhan 5-2.
Pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, terus menghadirkan keputusan positif kepada KB Puchong United. Mereka mengalahkan gandingan KB Cheras, Danny Bawa Chrisnanta/Tan Wee Gieen, 3-1 (11-9, 8-11, 11-5, 11-5), sekali gus menjarakkan kedudukan kepada 8-3.
KB Cheras, bagaimanapun, dikejutkan dengan kekalahan dalam acara beregu campuran selepas itu. Pemainnya, Lee Hyo Jung/Tan Kian Meng, tewas 0-3 (7-11, 10-11, 9-11) kepada pasangan KB Cheras, Payee Lim Peiy Yee/Terry Hee Yong Kai, dan ia memberikan ruang kepada KB Cheras merapatkan kutipan set mata keseluruhan kepada 8-6.
Wei Nan, yang beraksi dalam satu lagi acara perseorangan lelaki, memastikan kemenangan mutlak pasukan KB Puchong United biarpun dia sekadar menang tipis 3-2 (11-7, 7-11, 11-7, 11-9, 4-3) menundukkan pemain KB Cheras dari Indonesia, Fikri Ihsandi.
Mengulas perlawanan tadi, Ong Yew Sin berkata: “Kami beraksi baik cuma masalah saya untuk mengangkat bulu tangkis pada set kedua tadi. Bila itu berlaku, ia menyukarkan kami untuk bertahan semula dan sebab itulah kami tewas pada set kedua.
"Apapun, kami mula serasi kerana dalam latihan pasukan negara juga kami sudah mula berpasangan semula beberapa minggu lalu.
“Purple League banyak membantu kami memperbaiki kelemahan kerana kami tahu dan akan menghadapi situasi yang sama dalam kejohanan lain selepas ini. Jadi, saya harap kami akan menunjukkan prestasi terbaik dari semasa ke semasa."
KB Puchong United akan bertemu KB Ampang Jaya untuk satu lagi perlawanan terakhir peringkat round robin di venue sama Sabtu ini.
Walau apapun terjadi dalam perlawanan itu, mereka sudahpun melangkah ke peringkat kedua SS Purple League 2017/18.
Keputusan hari ini:
KB Puchong United kalahkan KB Cheras 11-8
MS2: Liew Daren seri dengan Chong Yee Han 2-2 (11-10, 10-11, 8-11, 11-9)
WS: Deng Xuan kalahkan Grace Chua Hui Zhen 3-0 (11-8, 11-6, 11-9)
MD: Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalahkan Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wee Gieen 3-1 (11-9, 8-11, 11-5, 11-5)
XD: Lee Hyo Jung-Tan Kian Meng kalah kepada Payee Lim Peiy Yee-Terry Hee Yong Kai 0-3 (6-11, 10-11, 9-11)
MS1: Wei Nan kalahkan Fikri Ihsandi Hadmadi 3-2 (11-7, 7-11, 7-11, 11-9, 4-3)
KB Ampang Jaya kalahkan KB Serdang 15-1
MS2: Yan Runze kalahkan Leong Jun Hao 3-0 (11-5, 11-9, 11-8)
WS: Goh Jin Wei kalahkan Huang Qiong Hui 3-0 (11-5, 11-9, 11-3)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail kalahkan Ong Wei Khoon-Tan Jinn Hwa 3-0 (11-6, 11-6, 11-9)
XD: Chan Peng Soon-Nurul Farisha Abd Malek kalahkan Mohd Syazmil Idham-Tan Sueh Jeou 3-0 (11-3, 11-5, 11-7)
MS1: Zulfadli Zulkiffli kalahkan Lee Zii Jia 3-1 (11-7, 11-4, 7-11, 11-6)