Skip to main content

Badminton

June Wei cipta kejutan dalam Siri Antarabangsa Terbuka Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

5517junwei_1.jpg
Cheam June Wei mencipta kejutan dengan menyingkirkan pilihan utama perseorangan lelaki, Vladimir Malkov, untuk layak ke peringkat suku akhir badminton Siri Antarabangsa Terbuka Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Pemain Russia itu sudah menjadikan wakil muda negara, Sim Fong Hau, mangsa dalam aksi pusingan pertama.

Dalam pusingan ketiga menyaksikan June Wei hampir terjerat dengan tekanan sendiri sebelum mencipta kejayaan menerusi tiga set.

Selepas tewas set pertama, 20-22, June Wei kembali menyusun langkah di sebalik aksi agresif Malkov.

Bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada June Wei yang memenangi dua set berikutnya, 21-18, 21-17.

Lawan sukar menanti June Wei di peringkat suku akhir, iaitu bintang muda India, Chirag Sen.

Dalam senarai pemain perseorangan negara, hanya Goh Giap Chin yang gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain India, Henrikho Kho Wibowo, 21-23, 21-10, 18-21.

Begitu juga dalam acara beregu lelaki dan beregu wanita, hanya Hoo Pang Ron dan Peck Yen Wei tewas sementara empat lagi pasangan negara melepasi peringkat pusingan kedua.
 

Advertisement

Must Watch Video