Pemain perseorangan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, mahu membalas kritikan yang mempersoalkan penyertaannya dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang juga kelayakan Piala Thomas di Alor Setar, Kedah dari 6 hingga 11 Februari ini.
Dengan tekad membuktikan ranking ke-99 dunia bukan ukuran sebenar prestasinya, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menganggap tanggungjawab besar itu perlu dibalas dengan kejayaan.
Sudah pasti kepercayaan ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek, meliputi penilaian menyeluruh, apatah lagi dia tampil lebih berkesan sejak akhir-akhir ini.
"Saya hanya percaya kepada jurulatih, dia pun percaya terhadap saya. Saya akan buat yang terbaik walaupun menganggap masih ada yang perlu saya tingkatkan," kata Iskandar.
Tidak wajar prestasi sebenarnya diukur berdasarkan ranking semasa ketika kesukarannya beraksi cemerlang adalah ekoran kecederaan jangka panjang yang dilaluinya tahun lalu.
"Hujung tahun lalu ada peningkatan, kecederaan pun sudah tiada. Jadi, dia (Misbun) menaruh harapan kepada saya untuk bangkit. Saya harap dapat memenuhi impian itu," ujarnya.
Barisan pemain negara:
Perseorangan lelaki:
• Datuk Lee Chong Wei
• Lee Zii Jia
• Iskandar Zulkarnain Zainuddin
• Soong Joo Ven
Beregu lelaki:
• Goh V Shem / Tan Wee Kiong
• Teo Ee Yi / Ong Yew Sin
• Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Rumsani
Perseorangan wanita:
• Soniia Cheah Su Ya
• Goh Jin Wei
• Lim Yin Fun
• S. Kisona
Beregu wanita:
• Vivian Hoo Kah Mun / Woon Khe Wei
• Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean
• Goh Yea Ching / Yap Cheng Wen