Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bakal ada kerjasama penuh daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Mjlis Sukan Negara (MSN) mengenai situasi Lee Zii Jia yang semakin kerap tampil dengan kandungan yang membimbangkan yang dimuat naik di media sosialnya.
Perkembangan itu menimbulkan persoalan apakah ada yang tidak kena dengan pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris itu?
"Saya ada hubungi Zii Jia tetapi masih belum dapat maklum balas.
"Saya tahu ISN dan MSN dan KP (ketua pengarah) telah berhubung dengan pasukan Zii Jia untuk menawarkan bantuan jika diperlukan.
"Saya tidak mahu memaksa (lagipun) dia adalah seorang atlet profesional.
"Jadi saya rasa kami sekadar tawar bantuan, (selebihnya) kami serahkan kepada Zii Jia (sendiri)," katanya yang ditemui dalam Pelancaran Program ASEAN Youth Volunteer 2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, di mana penganjuran program ini bertepatan dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Hannah menjadi antara terawal menyuarakan kelegaan untuk pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi lanjutan kontrak empat tahun.
Malah, Hannah berharap keputusan itu akan menjadi titik tolak kepada permulaan positif misi emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"(Kini) bolehlah mereka fokus (sepenuhnya) untuk pertandingan.
"Di dalam BAM, semuanya sudah diberikan.
"Mereka juga merupakan atlet dalam Program Road to Gold (RTG), saya percaya mereka akan terus berjaya.
"Mungkin (nilainya) tinggi dalam badminton tapi tidak untuk sukan lain, ini berkaitan pemasaran sukan jadi saya serahkan kepada perunding.
"Saya ucapkan selamat maju kepada Pearly-Thinaah kerana kami mahu menjadikan sukan sebagai alat perpaduan," katanya.