Skip to main content

Badminton

Giliran Stadium Badminton Kuala Lumpur dirobohkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-badminton-kuala-lumpur.jpg
Stadium Badminton Kuala Lumpur yang berjaya melahirkan jaguh negara seperti Liew Daren, Goh V Shem dan Soniia Cheah Su Ya bakal dirobohkan selepas 27 tahun berkhidmat untuk Malaysia.

Stadium yang terletak di Cheras itu siap dibina pada 1990 dan pernah menjadi ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Konfederasi Badminton Asia (BAC).

Namun, tanah di kawasan itu sudah dijual kepada pemaju beberapa bulan lalu.

Perkara itu disahkan Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) dan mereka diarah mengosongkan bangunan berkenaan dalam masa terdekat.

"Di sinilah kerjasama di antara Persatuan Badminton Kuala Lumpur dan Datuk Bandar sangat mustahak.

"Daripada perbincangan pertama, segala-galanya nampak bagus, di mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat membantu kami mencari tempat sementara agar pemain dapat meneruskan latihan.

"Yang paling penting adalah memastikan latihan dapat diteruskan," ujar Pemangku Presiden KLBA, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunos.

Memiliki kapasiti 4,500 tempat duduk, venue ini bukan sahaja digunakan untuk latihan dan kejohanan badminton, malah turut dijadikan gelanggang pertandingan karate-do, taekwondo, ping-pong serta pelbagai aktiviti sukan.

Beroperasi sejak 1990, stadium badminton itu turut menjadi menjadi venue penganjuran sukan lain seperti One Silat dan kejohanan bina badan. 
 

Advertisement

Must Watch Video