BADMINTON
Faris makin serasi dengan PKNS
Pemain sayap PKNS FC, Muhammad Faris Ramli, mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya merakam kemenangan 5-0 ke atas Hanelang FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Ahah Alam, semalam.
Pemain antarabangsa Singapura itu mengakui dia kini lebih memahami corak permainan rakan sepasukan serta perancangan pengendali pasukan, Datuk K. Rajagobal.
Faris turut berganding baik bersama Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari apabila dilihat kerap bertukar posisi sayap kanan dan kiri dengan bekas pemain Pahang dan Perak itu.
Iklan
"Ia memang perancangan jurulatih tetapi di dalam perlawanan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Pertahanan kami juga bermain dengan baik.
"Cuma, kami perlu meletakkan lebih keinginan untuk mendapatkan gol, termasuk saya dan penyerang," katanya.
Dalam pada itu, Rajagobal turut berpuas hati dengan kelibat pertama pasukannya menentang kelab dari Terengganu itu.
Namun, Rajagobal mahu pemain menggandakan usaha memperbaiki kelemahan yang ada ketika aksi pra-musim di Bangkok dari Rabu hingga 23 Januari ini.
"Dalam tiga perlawanan di sana, saya mahu melihat pemain bermain dengan intensiti tinggi, melakukan hantaran cepat dan melakar kemenangan," kata Rajagobal.
Must-Watch Video