Ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui, tidak menjangka Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berupaya mengungguli Masters Thailand, semalam, selepas lapan bulan tidak digandingkan bersama.
"Memang tidak jangka terlalu tinggi kerana mereka sudah lama tidak berganding. Bagi saya, ini adalah kejohanan untuk menyesuaikan diri, terutama Liu Ying yang belum mencapai tahapnya. Saya harap mereka lebih baik pada Mac ini," katanya.
Pasangan itu kembali bersama selepas dipisahkan lapan bulan susulan Liu Ying terpaksa menjalani pembedahan bahu pada Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka merebut kejuaraan pertama tahun ini selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh dan Puttita Supajirakul, 21-15, 14-21, 21-16 dalam final di Bangkok, semalam.
Mereka seterusnya akan menyertai Masters Malaysia di Bukit Jalil, bermula esok hingga Ahad ini.
Sehubungan itu, Eei Hui tidak berselindung apabila membicarakan keperluan untuk gandingan nombor dua negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing, mencipta impak dalam kejohanan itu.
"Saya harapkan Kian Meng-Pei Jing juga memberikan yang terbaik. Sukar untuk diramal tetapi kita perlu tunggu hari pertandingan nanti," kata jurulatih itu.