Skip to main content

Badminton

Beregu senior yakin barisan pelapis mampu galas misi penting di Vietnam

22117sze-feiizzuddin.jpg
Pemain beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem, teruja menantikan perkembangan wakil skuad negara dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. 

Cabaran beregu lelaki akan disandarkan kepada gandingan nombor dua negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, dan prospek meningkat naik negara, Nur Izzudin Rumsani-Hoh Sze Fei. 

V Shem berasakan mereka perlu diberikan peluang menyinar ketika memikul tanggungjawab berat buat negara. 

"Mereka mampu menangani tekanan kerana telah membuktikannya semasa kelayakan Piala Thomas yang lalu," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu.  

Beregu campuran pula bukan sahaja diwakili pasangan kedua terbaik negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, malah turut menampilkan finalis Grand Prix Emas Masters Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai. 

Perkembangan itu menghadirkan senyuman buat senior mereka, Goh Liu Ying. 

"Ini adalah salah satu contoh semangat berpasukan kami.

"(Chan) Peng Soon juga sering menurunkan ilmunya kepada pemain muda kerana kami bekerja keras sebagai sebuah pasukan," ujarnya. 

Advertisement

Must Watch Video