Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan pengguguran empat pemain daripada skuad kebangsaan yang berkuatkuasa bulan depan.
Salah seorang pemain yang dikeluarkan ialah beregu wanita negara, Lim Yin Loo, manakala tiga lagi pemain adalah daripada skuad beregu lelaki, namun persatuan itu enggan mendedahkan nama mereka.
Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, berkata penilaian telah pun dibuat dan berasakan kesemua pemain berkenaan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Dalam masa yang sama, badan induk badminton negara itu bakal membuat pemilihan bagi menambah pemain baru Rabu ini.
"Lim Yin Loo daripada beregu wanita meninggalkan perancangan pasukan kebangsaan selepas Februari 2018.
"Tiga pemain daripada beregu lelaki dikenal pasti sebagai tidak memberi persembahan baik dan akan digugurkan daripada skuad negara. Bagi, tiga pemain itu, saya biarkan kepada jurulatih memberikan penjelasan," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).