Skip to main content

Badminton

Badminton Berpasukan Asia: Skuad negara kehilangan Meng Yean

peitty29118.jpg
Skuad wanita negara  menerima tamparan apabila kehilangan khidmat pemain beregu, Lee Meng Yean, untuk menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, dari 6 hingga 11 Februari ini.

Meng Yean, yang bergandingan dengan Chow Mei Kuan, mengalami kecederan lutut kanan ketika menyertai Masters Malaysia dua minggu lalu.

Ketua jurulatih beregu wanita, Wong Pei Tty, yang mengesahkan perkara tersebut, berkata situasi itu memaksa kem negara membuat pertukaran dengan membawa masuk Tee Jing Yi bagi menggantikan pemain berusia 23 tahun berkenaan.

"Saya fikir kami mendapat berita buruk kerana Meng Yean mengalami kecederaan lutut kanan.

"Kami tiada pilihan dan terpaksa mengesyor menggantikannya dengan Jing Yi. Mungkin ada sedikit pertukaran dengan pasukan," katanya ketika ditemubual di Bukit Kiara, hari ini.

Tambah Pei Tty, kecederaan yang menimpa Meng Yean nyata mengecewakannya memandangkan pemain kelahiran Melaka itu berada dalam prestasi terbaik untuk mencabar kejohanan di Alor Setar nanti.

Bagaimanapun, jelas jurulatih itu, ia berlaku di luar jangkaan dan terpaksa menerimanya dengan positif.

"Saya kecewa kerana Meng Yean beraksi baik dan dia seorang pemain yang meyakinkan dalam beregu wanita. 

"Tetapi kami tidak boleh buat apa-apa dan terpaksa menerima situasi semasa ini. Sudah tentu kami menerimanya dengan positif," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video